Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

PIAGAM PELANGGAN
Perpustakaan berazam untuk memberi perkhidmatan maklumat kelas pertama dan memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan kami melalui amalan-amalan kualiti dan rencana penambahbaikan yang berterusan dengan memenuhi hak-hak pelanggan seperti berikut:

KEPADA PELAJAR AWAM / PEGAWAI KADET
  • Menyediakan akses mudah kepada bahan-bahan maklumat;
  • Menyediakan sumber-sumber maklumat terkini yang diperlukan bagi memenuhi keperluan maklumat dan standard pendidikan sejagat; dan
  • Menyediakan utiliti perpustakaan dan sistem pengurusan ilmu yang cemerlang berdasarkan piawaian-piawaian yang ditetapkan.
KEPADA KAKITANGAN
  • Menyediakan bahan-bahan maklumat untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan yang bermutu; dan
  • Menyediakan infrastruktur dan suasana persekitaran terbaik berasaskan teknologi mutakhir untuk melicinkan proses kerja pencarian bahan maklumat yang lebih kondusif dan menjurus kepada peningkatan produktiviti.
KEPADA NEGARA
  • Membekalkan bahan-bahan maklumat yang bernilai dalam bidang pertahanan dan keselamatan dan boleh dikongsi bagi memenuhi keperluan masyarakat, negara dan dunia sejagat.