Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

SOALAN LAZIM
Keahlian
Semua staf dan pelajar UPNM adalah secara automatik menjadi ahli perpustakaan.
Sirkulasi
Kelayakan pinjaman adalah berbeza mengikut kategori: Sila semak di sini
Buku yang dipulangkan melewati dari tarikh tamat tempoh pinjaman akan dikenakan Denda Lewat Memulangkan Bahan sebanyak RM0.50 untuk sebuah buku bagi setiap hari kelewatan.
Anda boleh membayar denda di Kaunter Sirkulasi. Sila pastikan anda menerima resit pembayaran.

Apabila berlaku kehilangan, pengguna mempunyai pilihan:

  • (a). Penggantian bahan yang sama edisi atau edisi terkini;
ATAU
  • (b). Denda sebanyak dua kali ganda harga bahan akan dikenakan.
Sekiranya bahan yang hilang telah tamat tempoh pinjaman, Denda Lewat Memulangkan bahan akan ditambah kepada perkara (a) atau (b).
Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)
Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) ialah perkhidmatan dimana pengguna dapat membuat pinjaman buku atau mendapatkan salinan dokumen dari perpustakaan lain.
Permohonan untuk PAP boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi.
Anda boleh berhubung kepada pegawai yang menguruskan permohonan anda.
Perkhidmatan
Anda boleh menyemak waktu operasi perpustakaan di sini.
Akses Sumber Elektronik
Sekiranya anda tidak menggunakan rangkaian internet UPNM, anda boleh mendapatkan akses kepada sumber elektronik langganan perpustakaan melalui: http://libproxy.upnm.edu.my