PERATURAN ASAS PJTI
Sila pamerkan kad pelajar / staf ketika memasuki perpustakaan.
Dilarang mengguna kad pengguna lain sama ada dengan kebenaran atau tidak dari pengguna sebenar.
Mematuhi Kod Etika Pemakaian Universiti.
Dilarang membawa keluar buku atau bahan perpustakaan tanpa kebenaran.
Dilarang membawa barangan peribadi seperti beg, payung, topi keledar dan baju hujan ke dalam perpustakaan.
Dilarang makan dan minum di dalam perpustakaan.
Merokok, termasuk rokok elektronik adalah dilarang.
Sila pastikan telefon bimbit dimatikan atau berada dalam keadaan mod senyap.
Sila pastikan buku-buku yang telah digunakan diletak di atas meja atau troli buku yang disediakan.
Dilarang menconteng, mengoyak, merosak buku atau bahan-bahan perpustakaan.
Dilarang tidur di dalam Perpustakaan.
Sentiasa jaga dan awasi barangan peribadi dan berharga anda.
Dilarang berkelakuan sumbang di dalam perpustakaan.
Pengguna hendaklah berkelakuan baik dan tidak membuat bising sehingga mengganggu pengguna lain.
Sila jaga kebersihan perpustakaan.