Peraturan
  1. Pengguna Perpustakaan mestilah mempamerkan kad pelajar apabila memasuki Perpustakaan;
  2. SENYAP adalah amalan ketika berada di dalam Perpustakaan;
  3. Semasa berada dalam Perpustakaan pengguna DILARANG,
  4.  

    • Membuat bising, berbual, dan berbincang sehingga mengganggu ketenteraman orang lain;
    • Mengguna telefon bimbit dalam Perpustakaan. Telefon bimbit mestilah di letakkan dalam ‘mode’ bergetar (vibrate) atau senyap 'silent';
    • Merokok, makan, dan minum;
    • Tidur;
    • Menconteng, mengoyak, merosakkan,mencuri bahan Perpustakaan;
    • Memindahkan buku/bahan dari satu aras/koleksi ke aras/koleksi lain;
    • Membuang sampah merata-rata;
    • Menempah tempat duduk dalam Perpustakaan;

     

  5. Pengguna Perpustakaan hendaklah berkelakuan sopan dan berpakaian kemas ketika berada di dalam Perpustakaan, sesuai dengan peraturan dan etika pakaian sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak UPNM;
  6. Barangan peribadi seperti beg, topi keledar, payung, baju hujan dan lain-lain barangan TIDAK DIBENARKAN DIBAWA MASUK ke dalam Perpustakaan. Ia perlu diletakkan di tempat yang telah disediakan di luar Perpustakaan. Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barangan yang ditinggalkan di luar perpustakaan;
  7. Hanya buku, nota, kertas, komputer riba dan peralatan tulis dibenarkan bawa masuk ke Perpustakaan;
  8. Pihak Perpustakaan berhak memeriksa buku, fail atau bahan-bahan lain yang hendak dibawa keluar oleh pengguna dari Bangunan Perpustakaan;
  9. Pengguna haruslah mengembalikan bahan yang telah digunakan ke rak troli yang disediakan. Jangan biarkan bahan tersebut bersepah di atas meja;
  10. Pengguna yang membuat salinan fotokopi bahan-bahan Perpustakaan melebihi daripada apa yang telah ditetapkan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang tindakan yang melanggar Akta Hakcipta 1987 (Akta 332);
  11. Pengguna Perpustakaan DILARANG MENGALIHKAN ATAU MENGUBAH peralatan serta kelengkapan Perpustakaan dari tempat asalnya;
  12. Penggunaan ‘Plug Point’ hanya disediakan di Zon yang telah ditetapkan oleh pihak Perpustakaan, pengguna dilarang menggunakan ‘Plug Point’ selain dari tempat yang telah disediakan;
  13. Pengguna mestilah mematuhi setiap peraturan tambahan yang ditetapkan ketika menggunakan perkhidmatan atau kemudahan Perpustakaan lain seperti Auditorium, Makmal Siber, Bilik Perbincangan, Bilik Pasca Siswazah dan sebagainya;
  14. Makluman dari Staf bertugas akan dibuat menggunakan Sistem P.A sepuluh minit sebelum masa tutup dan semua pengguna dikehendaki meninggalkan Perpustakaan apabila tiba masa tersebut;
  15. Staf Akademik yang bercuti belajar atau sabatikal di luar negeri mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam;
  16. Staf Akademik atau Bukan Akademik yang tamat perkhidmatan/kontrak, berhenti atau bersara mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam;
  17. Pegawai dan Staf Perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan sekiranya pengguna melakukan atau melanggar sebarang kesalahan sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Perpustakaan;
  18. Pihak Perpustakaan berhak menghalang pengguna dari menggunakan kemudahan dan perkhidmatan Perpustakaan sekiranya melanggar Peraturan Perpustakaan atau Peraturan Universiti;
  19. Untuk kepentingan semua, pihak Perpustakaan berhak meminda atau menambah sebarang peraturan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.

Kesalahan & Denda
PAUTAN
UPNM WebOPAC LibProxy TurnItIn

MyUninet