Koleksi
  • Koleksi Am (Open Shelf)

    Koleksi terbuka terdiri daripada monograf dalam pelbagai bidang yang diperolehi untuk menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

    Maklumat Peminjaman : Semua pengguna berdaftar Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) dibenarkan meminjam dari koleksi ini. Sila rujuk kelayakan pinjaman.

  • Koleksi Rujukan

    Bahan rujukan seperti kamus, tesaurus, istilah dalam berbagai bahasa dan bidang, ensiklopedia, Malaysiana, statistik dan indeks.

    Maklumat Peminjaman : Tidak boleh dipinjam

  • Koleksi Bertanda Merah (‘Red Spot’)

    Koleksi ini menempatkan buku-buku teks dan buku-buku rujukan utama para pelajar. Buku-buku ini diletakkan dalam koleksi ini berdasarkan cadangan daripada para pensyarah.

    Maklumat Peminjaman : 2 jam. Sila rujuk kelayakan pinjaman.

  • Koleksi Terbitan Bersiri / Jurnal

    Koleksi ini menempatkan bahan-bahan yang diterbitkan secara berkala. Koleksi ini merangkumi jurnal, majalah, laporan tahunan, buletin dan suratkhabar.

    Maklumat Peminjaman : 2 jam. Sila rujuk kelayakan pinjaman.

  • Koleksi PSM (Projek Sarjana Muda) / Tesis

    Koleksi ini terdiri daripada Laporan Projek Sarjana Muda (PSM), Tesis dan Disertasi.

    Maklumat Peminjaman : Tidak boleh dipinjam serta tidak dibenarkan membuat salinan fotokopi.

  • Koleksi Persidangan / Seminar

    Koleksi ini terdiri daripada bahan persidangan dan seminar.

    Maklumat Peminjaman : Tidak boleh dipinjam

  • Sumber Elektronik

    Perpustakaan melanggan sumber elektronik utama dalam pelbagai bidang pengajian. Sumber elektronik ini termasuk jurnal elektronik dan buku elektronik. Senarai Sumber Elektronik.

PAUTAN
UPNM WebOPAC LibProxy TurnItIn

MyUninet