Latar Belakang
Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Perpustakaan ini telah ditubuhkan pada Mei 1995 dan bermula sebagai Perpustakaan Akademi Tentera Malaysia. Seiring dengan penubuhan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada November 2006, Perpustakaan dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Perpustakaan ini dahulunya terletak di tingkat 4 dan 5 di Bangunan Bestari kemudiannya berpindah ke bangunan baharu pada 10 Januari 2011 yang berkeluasan 25,000 kaki persegi dan mampu menempatkan 800 orang pada satu-satu masa.

Perpustakaan UPNM telah dirasmikan pada 15 Disember 2011 oleh Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi iaitu Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu dan Perpustakaan UPNM telah dinamakan Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim sempena nama mantan Panglima Angkatan Tentera yang ketiga dan juga penerima pertama Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengajian Strategik) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) semasa Konvokesyen Pertama UPNM yang telah berlangsung pada 10 Oktober 2010.

PAUTAN
UPNM WebOPAC LibProxy TurnItIn

MyUninet