| KESALAHAN | DENDA |
| Membawa keluar bahan Perpustakaan tanpa pinjaman (atau mencuri bahan Perpustakaan) | Hantar ke HEP untuk tindakan tatatertib dan denda yang akan dikenakan ialah : Gantung keahlian serta merta selama satu semester tanpa dapat menggunakan perkhidmatan Perpustakaan. |
| Mengoyakkan bahan-bahan Perpustakaan | Hantar ke HEP untuk tindakan tatatertib dan denda yang akan dikenakan ialah : Gantung keahlian serta merta selama satu semester tanpa dapat menggunakan perkhidmatan Perpustakaan. Denda menggantikan bahan kepada bahan edisi terkini. |
| Menghilangkan bahan Perpustakaan | Gantung hak pinjaman sehingga menggantikan bahan dengan bahan edisi terkini/membayar harga bahan.
|
| Menconteng bahan Perpustakaan | Gantung hak pinjaman sehingga menggantikan bahan dengan bahan edisi terkini/membayar harga bahan. |
| Lewat memulangkan bahan | Denda RM 0.10 sehari dan RM 0.10 sejam bagi pinjaman Koleksi Khas. |
| Menyepahkan/meninggalkan bahan Perpustakaan di atas meja atau rak | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
| Memindahkan bahan-bahan Perpustakaan dari satu koleksi kesatu koleksi tanpa pinjaman | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
| Merosakkan peralatan, menyalahgunakan, mengalih atau merosakkan perabot | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan)
|
| Membawa makanan/minuman ke dalam Perpustakaan ATAU Makan/minum dalam Perpustakaan ATAU Menyepah bekas minuman dan sampah dalam Perpustakaan ATAU Membuang sampah dalam Perpustakaan | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
| Membuat bising/berbincang di ruang membaca | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
| Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan seperti fail, beg, payung dan memakai selipar semasa masuk ke dalam Perpustakaan | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
| Tidak mematuhi peraturan etika berpakaian semasa waktu pejabat. | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
| Menggunakan telefon bimbit di dalam Perpustakaan. | a.Surat saman denda dikenakan sebanyak RM 10.00 b. Kesalahan kedua dan seterusnya akan didenda dan dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (HEP & Pembangunan)/Dekan. |
| Menyalahgunakan komputer seperti yang tertera pada peraturan penggunaan komputer. | Gantung keahlian selama sebulan. (Tidak dapat menggunakan semua jenis perkhidmatan) |
| Berkelakuan sumbang/Salah laku | Gantung keahlian selama satu semester dan mengesyorkan tindakan yang lebih keras diambil oleh Timbalan Naib Canselor (HEP & Pembangunan) |