| Latar Belakang |
|
Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah ditubuhkan pada November 2006 dan penubuhannya adalah kesinambungan dari Perpustakaan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) yang ditubuhkan pada Mei 1995. Perpustakaan UPNM terletak di Aras 4 dan Aras 5 (Pejabat Am Perpustakaan) Bangunan Bestari. Secara amnya koleksi Perpustakaan UPNM sehingga 15 Oktober 2009 adalah sebanyak 40,125 Judul / 64,392 naskhah buku, 145 Judul Terbitan Bersiri, (79 Judul Jurnal Ilmiah + 66 Judul Majalah).Jumlah ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Sebanyak 10 Pangkalan Data Elektronik telah dilanggan dan tambahan 4 buah lagi langganan KPT. Koleksi di Perpustakaan secara tidak langsung dapat membantu Universiti dalam proses pengajaran,pembelajaran dan keperluan penyelidikan serta penerbitan. |